Monday 18 October 2010

sekadar gambar hiasan

Alhamdulillah dan pujian kepada pemilik seluruh keagungan cinta dan kasih sayang..Sejuk yang mencengkam jiwa,menyaksikan manusia-manusia di bumi anbia' ini berperang dengan jiwa dan nafsu sendiri untuk menggapai sebuah cita-cita... Demi mengejar cita-cita,bimbang manusia terleka dan alpa dengan cinta kepada-Nya...Jangan menyerahkan cinta kepada manusia itu melebihi cinta kepada yang maha esa.


Cita-cita pasti wujud dalam diri setiap manusia tidak kira lelaki atau perempuan,mahupun apa agama sekalipun.Berusaha dengan sedaya upaya menjadi aspek utama dalam mengejar kejayaan dan cita-cita yang diimpikan.

Mencari dan mengejar kejayaan amat dituntut dalam islam.Tetapi apakah maksud kejayaan menurut pandangan islam?

Didalam alquran kitab allah yang paling agung, ada menyebut ciri-ciri orang yang berjaya menurut padangan isla
m.

قد أفلح المؤمنون.الذين هم في صلاتهم خاشعون.والذين هم عن اللغو معرضون.والذين هم للزكوة فاعلون.والذين هم لفروجهم حافظون

ٍ sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman.Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyang.dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia.Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya(dengan menunaikan zakat harta itu).Dan mereka yang menjaga kehormatannya.(surah al-mukminun:ayat 1-5)

Dapat difahami dengan jelas dari ayat diatas kejayaan adalah milik orang beriman.Orang yang khusyuk ketika dia menunaikan solat,menjauhkan diri dari perbuatan dan perktaan yang sia-sia,membersihkan hartanya iaitu mengeluarkan zakat dan menjaga kehormatannya.

Secara umumnya manusia kini gagal memahami erti kejayaan yang disebut dalam al-quran.Erti kejayaan telah disalah tafsirkan oleh majoriti manusia.Mereka memandang dunia dan harta itu adalh maksud kejayaan yang sebenar.Padahal,yang berjaya itu adalah orang yang mandapat keredhaan allah dan menjauhkan diri dari perkara-perkara yang dilarang serta dibenci allah.

Era globalisasi kini menyaksikan menusia mengejar kejayaan yang tidak bertepatan dengan agama.Kalau diperhatikan,Ibu bapa lebih merasa risau kalau anak mereka tidak berjaya didalam peperiksaan berbanding tidak dapat membaca al-quran,lebih merasa risau anak mereka tidak mendapat tempat di universiti berbanding tidak mendapat tempat disisi ilahi dan lebih merasa risau anak mereka tidak mendapat pekerjaan yang sepatutnya berbanding tidak berpakaian menurut agama.Mencari gelaran dan pangkat itu menjadi agenda utama dalam kehidupan seharian sehingga lupa mencari keredhaan dan rahmat dari tuhan.Pelajar-pelajar yang menuntut ilmu pula tersalah maksud dan tujuan.

"Daripada ka'ab bin malik r.a katanya:aku mendengat rasulullah S.A.W bersabda: "sesiapa yang menuntut ilmu (agama)untuk menyaingi ulama.atau berbahas dengan orang jahil,atau supaya dengan ilmu tersebut wajah orang ramai tertumpu kepadanya,maka allah masukkan dia kedalam neraka."(riwayat al-Tarmizi,ibn Majah daripada Ibn 'Umar,Al-Hakim daripada Jabir bin 'Abdillah.Al-hakim mensahehkannya dan dipersetujui oleh al-Zahabi.


Ilmu adalah harta yang paling bernilai untuk kita.Ilmu itu dapat menjaga diri manusia.Menuntut ilmu merupakan kefardhuan bagi setiap umat manusia.Mempelajari ilmu agama adalah menjadi kewajipan yang paling besar bagi setiap manusia yang beriman.Andai ilmu agama tidak dipelajari maka pincanglah islam seluruhnya.


Belajarlah memahami erti dan tujuan kita sebagi penuntut ilmu allah yang paling mulia.Andai menuntut ilmu kerana kerja,harta,nama,pangkat dan kedudukan maka terimalah pembalasan dari tuhan pencipta sekian kejadian.Setiap amalan dan perbuatan itu,pahalanya bergantung kepada keikhlasan hati mencari redha ilahi..

dicopy dari blog suhada....

No comments: