Wednesday 10 August 2011

huhu..cuti2 musim panas

ni kat laguna dahab

ni kat abu hole

dalam perjalanan nak gi abu hole

ni masa tengah gi main safari

alamak ade biawak pasir lak..

cik m pandai bawak ke tu ..jatuh kang susah

menikmati udara yg segar and berpasir haha



sedap makan malam kat sini

ni lah dia kereta sewa kita org kat sane

hidupan laut

haha main air

alhamdulilah cuti2 tahun ni best ..puas hati walau pon abis duit banyak..terbalas bila penat lelah masa exzam dgn abiskan masa kat sane main air panjat gunung sinai redah gurun naik moto safari..makan seafood...
walau pon jalan xramai tapi tetap hapening.nak buat mcm mane kawan yg lain xnak jalan dia org lebih berminat main internat kat rumah masa cuti2 mcm ni..

kepada kawan yg nak pergi .jangan malu pergi je kat sane best oo0o..bajet takbanyak kalu xsewa kereta gi naik bas je..baru mencabar sikit ..

Thursday 27 January 2011


bismillahirrahmanirrahim.....

wahrgh!!!! huhu...setelah sekian lame kami bertungkus lumus memerah otak utk mengeluarkan segala yang telah dipelajari..(ceh..mcm la smue dapat jawab..hahha..tapi ade exam saya jwb 5 minit jew k,,hehe)
berperang dengan kertas dan juga pensel...(Ergh!! gune pensel ag kew kitorang dah U la..bak kate orang tu..orang dah masuk U beb! hahha nyampah..poyos sgt..beb! kite dah 3 tahun masuk U,,heheh)
bersengkang mata study,,bangun malam..(tapi penulis tak mcm nie,,keje dye tido jer,,hahha)
dan akhir nya kami telah sampay ke kemuncak nyew...
iaitu "winter holidays...." inilah masa yang ditunggu2 senanyew.....jgn jelez k..
kitorang akan bercuti selama 2 minggu...(heh! kalau boleyh asal x 2 bulan jer,2 minggu jup sgt kowt)
hoho...jgn la suke sgt..baru mid jer,,final t ,,tyme 2 la otak rase mcm nak tertanggal jerk! huhu..
tapi tiada arah tujuan ag buat masa nie..
rase mcm nak teroka satu mesir nie..hehhe..
tapi sabar2 la....blaja lame ag kowt kat cini....insyaAllah 4 Years more..(doakan kejayaan kami..amin ya Rab)
nanti kang dah xde tempat lak nak g..huhu..
owh ...
rase mcm lost jer bile cuti nie asik bangun tido,makan ,minum..tidur balik,,(yang wajib xdilupekan erk!)
so.......................
tunggu post yang akan datang...dengan picture2 yang menarik..(gambar2 bercuti)..(excited sbb ade kamera dslr..yang plg best bile ade juruphoto,,mestilah gambar saya yg byk,,sbb org tue asik kene amik gambar jerk..heee...hahahhahahhaha)
n kepada kawan2 yang exam belum abes ag tu...
cuti2 gak..exam pas nie jgn lupe..
hehhe...(cian korang,,pas cuti ade exam ag>)
jgn bersedeyh nak buat mcm mane dah korang ade exam gak pas cuti nie..
kitorang xde....
hahhah....(jgn jelez k.................) huhu..
finally "hepi holidays to all"....



Sunday 19 December 2010

asien family day 2010



???

Gambo hiasan..


yg ni dh kenapa aku pon xfaham haha..


yg ni wani


orang kampung ..ilham hasani dany


Salah satu jabat silat purba hihi


Nur amira and wani

11 bulan 12 2010 ...

Satu sejarah dalam hidup aku buat persembahan silat untuk org2 asien,gila cuak dh lah masa tu latihan pon main2 je,siap ade buah2 silat aku yang lupa,
memng malu gila xboleh blah.dh ler skrg ni dekat2 dgn exam leh main2 lagi ,
huwah2 taktahulah skrg takmacam dulu semangat kuat skrg ni semangat kuat tapi kuliahlah sgt susah haha,and sejuk sgt2 mengantuk gila,asik terlewat je bangun..ermm

rasanye sgt lame aku takpost kat blog aku ni
hihi ni pon aku baru post sbb pagi tadi aku terlewat bangun so aku pon malas ler nak gi kuliah
dh takbuat ape2 aku layan lah internat ni.tu yg aku post gmbo ni hahaha..lagi pon blog aku ni dh lame sgt takde post asik sibuk je skrg ni,biasalah nak exzam dh kan ,

okeslah nak gi kelas...lain tahun aku smbung post blog lagi k..bye

Tuesday 30 November 2010

Monday 29 November 2010


SELAMAT HARI LAHIR

Awan Berarak Ceria
Tiada Titisan Hujan
Pohon Melambai
Tanda Sokongan

Kususuri Perjalanan
Bertemankan Senyuman
Di Hari Lahirmu

Dedaun Berguguran
Membuktikan Kedewasaan
Walau Tanpa Madah Dan Hadiah
Namun Cukup
Sekadar Ucapan

Selamat Hari Lahir
Iringi Doa Kuhulur
Bersyukur KepadaNya
Atas Nikmat Usia

Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir


Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi

Saturday 30 October 2010

Monday 18 October 2010

sekadar gambar hiasan

Alhamdulillah dan pujian kepada pemilik seluruh keagungan cinta dan kasih sayang..Sejuk yang mencengkam jiwa,menyaksikan manusia-manusia di bumi anbia' ini berperang dengan jiwa dan nafsu sendiri untuk menggapai sebuah cita-cita... Demi mengejar cita-cita,bimbang manusia terleka dan alpa dengan cinta kepada-Nya...Jangan menyerahkan cinta kepada manusia itu melebihi cinta kepada yang maha esa.


Cita-cita pasti wujud dalam diri setiap manusia tidak kira lelaki atau perempuan,mahupun apa agama sekalipun.Berusaha dengan sedaya upaya menjadi aspek utama dalam mengejar kejayaan dan cita-cita yang diimpikan.

Mencari dan mengejar kejayaan amat dituntut dalam islam.Tetapi apakah maksud kejayaan menurut pandangan islam?

Didalam alquran kitab allah yang paling agung, ada menyebut ciri-ciri orang yang berjaya menurut padangan isla
m.

قد أفلح المؤمنون.الذين هم في صلاتهم خاشعون.والذين هم عن اللغو معرضون.والذين هم للزكوة فاعلون.والذين هم لفروجهم حافظون

ٍ sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman.Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyang.dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia.Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya(dengan menunaikan zakat harta itu).Dan mereka yang menjaga kehormatannya.(surah al-mukminun:ayat 1-5)

Dapat difahami dengan jelas dari ayat diatas kejayaan adalah milik orang beriman.Orang yang khusyuk ketika dia menunaikan solat,menjauhkan diri dari perbuatan dan perktaan yang sia-sia,membersihkan hartanya iaitu mengeluarkan zakat dan menjaga kehormatannya.

Secara umumnya manusia kini gagal memahami erti kejayaan yang disebut dalam al-quran.Erti kejayaan telah disalah tafsirkan oleh majoriti manusia.Mereka memandang dunia dan harta itu adalh maksud kejayaan yang sebenar.Padahal,yang berjaya itu adalah orang yang mandapat keredhaan allah dan menjauhkan diri dari perkara-perkara yang dilarang serta dibenci allah.

Era globalisasi kini menyaksikan menusia mengejar kejayaan yang tidak bertepatan dengan agama.Kalau diperhatikan,Ibu bapa lebih merasa risau kalau anak mereka tidak berjaya didalam peperiksaan berbanding tidak dapat membaca al-quran,lebih merasa risau anak mereka tidak mendapat tempat di universiti berbanding tidak mendapat tempat disisi ilahi dan lebih merasa risau anak mereka tidak mendapat pekerjaan yang sepatutnya berbanding tidak berpakaian menurut agama.Mencari gelaran dan pangkat itu menjadi agenda utama dalam kehidupan seharian sehingga lupa mencari keredhaan dan rahmat dari tuhan.Pelajar-pelajar yang menuntut ilmu pula tersalah maksud dan tujuan.

"Daripada ka'ab bin malik r.a katanya:aku mendengat rasulullah S.A.W bersabda: "sesiapa yang menuntut ilmu (agama)untuk menyaingi ulama.atau berbahas dengan orang jahil,atau supaya dengan ilmu tersebut wajah orang ramai tertumpu kepadanya,maka allah masukkan dia kedalam neraka."(riwayat al-Tarmizi,ibn Majah daripada Ibn 'Umar,Al-Hakim daripada Jabir bin 'Abdillah.Al-hakim mensahehkannya dan dipersetujui oleh al-Zahabi.


Ilmu adalah harta yang paling bernilai untuk kita.Ilmu itu dapat menjaga diri manusia.Menuntut ilmu merupakan kefardhuan bagi setiap umat manusia.Mempelajari ilmu agama adalah menjadi kewajipan yang paling besar bagi setiap manusia yang beriman.Andai ilmu agama tidak dipelajari maka pincanglah islam seluruhnya.


Belajarlah memahami erti dan tujuan kita sebagi penuntut ilmu allah yang paling mulia.Andai menuntut ilmu kerana kerja,harta,nama,pangkat dan kedudukan maka terimalah pembalasan dari tuhan pencipta sekian kejadian.Setiap amalan dan perbuatan itu,pahalanya bergantung kepada keikhlasan hati mencari redha ilahi..

dicopy dari blog suhada....