Sunday, 21 March 2010

berhati-hati dengan bas 80 palang...


21 mac 2010-1.30 ptg.peristiwa yang tidak dapat aku lupakan.syukur alhmadulillah,allah taala menyedarkan aku akan ketiadaan hp di dalam poket aku.ceritanya bermula mcm ni:
seperti biasa,tiap-tiap hari aku ada kelas di hayyu sabi'.biasanya aku akan menaiki bas dari belakang arma.tapi kelas telah berubah temoat ke hayyu asyir.jadi aku pon mengubah haluan menuju ke hayyu a'syir.Seperti biasa,aku akan tergesa-gesa untuk pergi kekelas sebab kelas bermula pada pukul 2 ptg.dan aku selalu bertolak pada jam 1.30ptg.Kebetulan semasa aku keluar dari madinatulbuuth(asrama yg aku tinggal dan makan kat situ)aku ternampak bas 80 palang melalui di dihadapan asarama aku.dalam keadaan tergesa-gesa,aku tidak berfikir panjang untuk menaiki bas itu.Walaupun penuh aku sempat menyelit di tangga,lalu bas itu berjalan seperti biasa.setelah beberapa ketika bas itu bergerak,ada penumpang yang ingin turun dari bas itu.dalam keadaan yang agak sesak dan kelam kabut,ada seorang penumpang yang menghampiri daku dalam keadaan yang agak mencurigakan.lalu dia,menolak aku rapat ke pintu bas.Tanpa aku sedari dia cuba menarik hp keluar dari poket seluarku.aku benar-benar tidak akan menyedari kejadian itu.setelah dia turun,barulah aku sedar,hp aku telah hilang dari poketku.Tanpa membuang masa lagi aku pon terus melompat turun dari bas dan aku melihat penumpang yang turun tadi memegang hp aku.tanpa membuang masa,dengan pantasnya aku berlari dan memberi satu rembatan kencang ronaldinho kearah penumpang tadi sehingga dia tergolek jatuh keatas jalan(penumpang itu adalah org arab mesir).Tiba-tiba penumpang itu menjadi bodoh,dia telah mencampakkan hp aku keatas jalan.aku terus meluru kearah hp aku yang telah dicampakkan oleh penumpang tersebut.aku mengutip hp aku yg telah pecah bertaburan diatas jalan.setelah ituaku pun menuju ke penumpang tadi dan menghadiahkan 2 'buku lima' aku.Tiba-tiba datanglah sekumpulan arab menahan aku dari memijak arab bodoh tu.setelah beberapa minit dengan rasa kecewanya dan sedih aku mneninggalkan tempat kejadian.kemuddian aku menaiki bas yg lain untuk menuju ke hayyu a'syir.aku berasa kesal kerana orang disekeliling yang ada pada masa itu,tidak mengambil apa-apa tindakan kepada penumpang yang bergelar pencuri itu.

moral:
-jgn duduk dekat tangga
-pastikan dah bercheck barang-barang anda berada dalam poket.
-duduk jauh dari org yg dicurigai.


hp aku



mangsa keadaan


pecahlah hp aku


pecahlah(hp yg aku sayang)

selepas dibaiki

jumpa lagi.....


1 comment:

nurulkarimah said...

keciannye phone rosak, abis semua gambaq ngan kak erra kesayangan awok..hahaha ;P